MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) KE-47 (BIL.1/2025) Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

MESYUARAT MAJLIS PERANCANG FIZIKAL NEGARA (MPFN) KE-47 (BIL.1/2025)

PUTRAJAYA, 24 April 2025 - MPFN Ke-47 pada hari ini telah mempertimbangkan sebanyak sembilan (9) kertas kerja melibatkan enam (6) kertas persetujuan dan tiga (3) kertas makluman. Antara isu yang dibawa ke MPFN kali ini adalah berkaitan pewartaan segera Hutan Tanah Kerajaan (HTK) dalam kawasan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine, pelaksanaan konsep sekolah menegak (vertical school) di kawasan-kawasan yang sesak dan padat serta isu-isu negara yang strategik bagi kesejahteraan ummah.

YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi turut menyeru agar kerjasama dan perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipertingkatkan dalam usaha negara memperkukuh daya tahan domestik (domestic resilience) dalam ketidaktentuan ekonomi dunia melalui usaha-usaha mempercepatkan projek-projek pembangunan yang akan membuka pasaran baharu.


Diterbitkan pada 25 April, 2025 Diterbitkan Oleh Mohd Irwan bin Omar